Thursday, February 14, 2013

ANTOLOGI NEO-ROMANTIK (FEB 2013)

FACEBOOK 

TWITTER 

KAKISENI

ALOY PARADOKS 

Karya & Arahan : Aloy Paradoks

Lakonan : Fazleena Hishamuddin dan Aloy Paradoks

Sinografer : Rayza MukMin

Floor Manager : Fathi Shafie

Penerbit : Ajami Hashim

Terbitan : Artful Creator dan Paradoks Production

Tarikh : 14,15,16 & 17 Feb 2013

Tempat : Stor Teater DBP

Tiket : RM 25

Hubungi : 012-6293327


Sinopsis :


Najua dan Asyraf merupakan pasangan selebriti (pelakon) yang akan sudah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun. Dan sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang kesepuluh ini, pihak TV Sensasi melalui rancangan bual bicara terhangat “Neo-Romantik” menjemput mereka untuk menjadi pengacara bagi minggu tersebut.

Rancangan bual bicara “Neo-Romantik” adalah sebuah rancangan yang menampilkan hos berbeza setiap minggu. Dan hos tersebut mestilah pasangan selebriti yang telah berkahwin dan melalui kehidupan bersama dengan bahagia. Melalui rancangan bual bicara “Neo-Romantik” ini, Asyraf dan Najua akan menceritakan kembali susur galur bibit pertemuan antara mereka hinggalah bahagianya mereka kini sebagai pasangan suami isteri.

Rancangan ini terbahagi kepada dua (2) segmen. Segmen yang pertama ialah mereka melakonkan kembali babak-babak percintaan awal antara mereka secara langsung (live) dihadapan kamera dan dihadapan penonton yang hadir. Manakala segmen kedua pula ialah merupakan sesi soal jawab antara pengacara dan penonton yang hadir di studio. Dan lazimnya dalam sesi soal jawab ini, para penonton cenderung bertanya soalan yang panas-panas dan agak sensitif tentang hubungan mereka, hinggakan sampai satu keadaan ia mungkin menimbulkan perasaan tidak selesa bagi pihak pasangan selebriti tersebut. Dan mereka bagaimana pun tetap harus menjawab soalan tersebut.

Dan bahagian yang terpenting, apakah akan terjadi bila mereka pulang ke rumah nanti. Apakah? Apakah? Apakah?

No comments: