Wednesday, April 17, 2013

GADIS DAN 2 MENARA (17-21 APRIL 2013)


Klik 'Going': FACEBOOK

Sempena pelancaran buku Antologi Cerpen KLCC, Buku FIXI mempersembahkan sebuah teater bertajuk GADIS DAN 2 MENARA.
Pementasan bakal berlangsung bermula 17 - 21 April 2013
Bertempat di STOR TEATER DBP Kuala Lumpur
Setiap hari persembahan JAM 8.30 MALAM

Menampilkan
FAZLEENA HISHAMUDDIN, SOFIAN BUJANG, AZNAH MOHAMAD dan FATHI SHAFIE

Penulis/Pengarah ALOY PARADOKS (PARADOKS PRODUCTION)
Penerbit AJAMI HASHIM (ARTFUL CREATOR)
Penerbit Eksekutif AMIR MUHAMMAD (BUKUFIXI)
Penolong Pengarah FASYALI FADZLY
Sinografer RAYZA MUKMIN
Cara-cara membeli/menempah tiket

Untuk mengetahui status tiket persembahan, sila menghubungi 012-2774741 Kemudian :

1 . Bank in / tranferskan jumlah harga tiket mengikut kuantiti ke akaun MAYBANK 512147034309 atas nama ARTFUL CREATOR

2 . Setelah itu sertakan bukti pembayaran ataupun resit tersebut (Tangkap gambar/scan/print screen) ke email artfulcreatormail@gmail.com dan nyatakan :
- Nama penempah / atas nama
- Tarikh persembahan dipilih
- Jumlah tiket
- No Telefon 
3 . Setelah 2 langkah mudah giler itu, maka tunggu sahaja email anda dibalas dengan RESIT RASMI dalam tempoh masa 24 jam. Dan setelah menerima email pengesahan / tempahan diterima dari kami, maka sempurnalah tempahan anda, dan nantikan saja hari persembahan dengan hati yang penuh debaran.

Tuesday, April 16, 2013

Pemenang Kuiz Gadis Dan 2 Menara

@IzzatZuhari @luqmxn_ @sayaEM @muiz_mazlan @syaadarsani @yaya_hmb @Afro_Dreamer @nuraleos @FaraKiomi @HilalAzmi @najwafildzah @fatinadra @FatihahGhali  

Sila follow twitter http://twitter.com/ArtfulCreator dan DM butiran berikut:

1. nama
2. email address
3. no telefon

Hadiah kuiz ialah sepasang tiket ke pementasan Gadis Dan 2 Menara pada malam pembukaan Rabu, 17 April, 8:30 malam!

Thursday, February 14, 2013

ANTOLOGI NEO-ROMANTIK (FEB 2013)

FACEBOOK 

TWITTER 

KAKISENI

ALOY PARADOKS 

Karya & Arahan : Aloy Paradoks

Lakonan : Fazleena Hishamuddin dan Aloy Paradoks

Sinografer : Rayza MukMin

Floor Manager : Fathi Shafie

Penerbit : Ajami Hashim

Terbitan : Artful Creator dan Paradoks Production

Tarikh : 14,15,16 & 17 Feb 2013

Tempat : Stor Teater DBP

Tiket : RM 25

Hubungi : 012-6293327


Sinopsis :


Najua dan Asyraf merupakan pasangan selebriti (pelakon) yang akan sudah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun. Dan sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang kesepuluh ini, pihak TV Sensasi melalui rancangan bual bicara terhangat “Neo-Romantik” menjemput mereka untuk menjadi pengacara bagi minggu tersebut.

Rancangan bual bicara “Neo-Romantik” adalah sebuah rancangan yang menampilkan hos berbeza setiap minggu. Dan hos tersebut mestilah pasangan selebriti yang telah berkahwin dan melalui kehidupan bersama dengan bahagia. Melalui rancangan bual bicara “Neo-Romantik” ini, Asyraf dan Najua akan menceritakan kembali susur galur bibit pertemuan antara mereka hinggalah bahagianya mereka kini sebagai pasangan suami isteri.

Rancangan ini terbahagi kepada dua (2) segmen. Segmen yang pertama ialah mereka melakonkan kembali babak-babak percintaan awal antara mereka secara langsung (live) dihadapan kamera dan dihadapan penonton yang hadir. Manakala segmen kedua pula ialah merupakan sesi soal jawab antara pengacara dan penonton yang hadir di studio. Dan lazimnya dalam sesi soal jawab ini, para penonton cenderung bertanya soalan yang panas-panas dan agak sensitif tentang hubungan mereka, hinggakan sampai satu keadaan ia mungkin menimbulkan perasaan tidak selesa bagi pihak pasangan selebriti tersebut. Dan mereka bagaimana pun tetap harus menjawab soalan tersebut.

Dan bahagian yang terpenting, apakah akan terjadi bila mereka pulang ke rumah nanti. Apakah? Apakah? Apakah?